Laman web e-Kedai Dana Hidayah di sediakan untuk memberi peluang kepada semua membeli sambil menderma kepada Dana Hidayah. Ini ialah salah satu usaha tambahan pihak Jawatankuasa Dana Hidayah untuk mengumpul dana selain daripada usaha-usaha kecil dan besar yang telah dan sedang dilaksanakan.

Dana Hidayah ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul dana sebagai sumber kewangan kepada pembinaan infrastruktur sekolah-sekolah di bawah kelolaan Pusat Pendidikan Hidayah (PPH) iaitu Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.

Sila klik menu di atas untuk melihat dengan lebih detail produk-produk yang boleh dibeli melalui laman web tertentu berasaskan kaedah 'affiliate program'.

Secara ringkas produk-produk yang boleh dibeli dibahagikan kepada beberapa 5 kategori iaitu:
  • Al-Quran (Quran fizikal, DVD, Bahasa Arab, Tahfiz, dsbnya),
  • Buku/Kursus (Pelbagai bahan bacaan akademik & bukan-akademik, Kursus IT, dsbnya),
  • Pakaian/Aksesori (pakaian Muslim &Muslimah, tudung, jubah Bussaina, dsbnya)
  • Kesihatan/Makanan (farmasi, produk berasaskan herba, panduan kesihatan, resepi, dsbnya).
  • Pelbagai/Umum (SimplyIslam, Amazon, ShaShinki-kamera, HotelCombined-booking hotel, peralatan Golf)

Dana Hidayah akan mendapat komisen yang dimasukkan terus secara automatik ke dalam akaun Maybank Dana Hidayah atau akaun PayPal (dana@hidayah.edu.my) daripada setiap pembelian melalui 'links' dalam Menu yang disediakan di atas.

Jika ada sebarang pertanyaan tentang Dana Hidayah, sila berhubung terus dengan Pengerusi Dana Hidayah di email/alamat berikut:

Dr Kamarul Baharin Tawi
email: kbtawi@gmail.com atau dana@hidayah.edu.my
hp: +6019-7757328
, fax: +607-5570882

Pengerusi Dana Hidayah,
Pusat Pendidikan Hidayah
Kg. Sinaran Baru,
Km 26, Jalan Johor Bahru,
81300 Skudai,
Johor, Malaysia


Pihak DANA HIDAYAH mengucapkan Jazakallahu Khayran (جزاك اللهُ خيراً‎) di atas sokongan dan sumbangan saudara/i.

godaddy hit counter
View My Stats